Sunday, February 5, 2012

Menguji Minda bersama Pahlawan Kucing

FIRSTLY aku nak tanya adakah korang rasa diri korang pandai? Semestinya korang akan jawab ye! memang aku pandai, lagi mau tanye mamat ni.

   Baiklah pada aku pandai adalah suatu perkara yang subjektif. Pandai bukan hanya untuk mereka yang berjaya mendapat 4flat dalam setiap exam ataupun fullmark dalam setiap ujian. Pandai ni ade banyak kategori. Mak cik yang jual karipap tepi jalan tu pon boleh dikategorikan sebagai pandai sebab dia pandai buat kuih karipap. Pemandu lori balak pon pandai jugak sebab dia pandai bawak lori balak. Hmmmm.. Adeh fail lak intro ni..

Okla sebenarnye dekat sini aku nak cakap yang korang boleh buktikan yang korang ni memang betul-betul pandai dengan menjawab beberapa soalan dekat bawah ni. Tak kira la yang korang ni pelajar cemerlang tadika bestari or lulusan sarjana muda dari Universiti Borobodur Jawa timur ke,  kalau korang tak dapat jawab semua soalan dengan betul, korang sebenarnye belum cukup pandai lagi.





Di bawah ada (4) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. Jgn sesekali meniru @ bertanya dgn sapa2.. pls jujur

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda..
Ready? GO!!! (lihat bawah)

SOALAN PERTAMA:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

JAWAPAN: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

SOALAN KE-2:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)

JAWAPAN: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.....Hehehe..:))
OK..Soalan seterusnya...
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja. Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah..

SOALAN KE-3
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..

Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .

SOALAN KE-4:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

Dia hanya membuka mulutnya dan berkata...."saya nak beli cermin mata hitam"...

Mudah sahaja kan?.. heheheh..

Selamat Bergembira.....
HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BIJAK..

3 comments: