Monday, February 6, 2012

Contest Pertama Aku Sertai Di Blog

 “CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD DAN AMALINA”


Hari ni aku ade menerima jemputan untuk menyertai sebuah contest yang dianjurkan oleh seorang blogger bernama Ara Ahmad. Beliau ni telah datang melawat blog aku dan ajak aku join contest peribahasa yang beliau & rakan beliau anjurkan.  Memang aku akui sebelum ni aku memang xpernah join satu pon contest dalam dunia blogging ni. Bukan aku sombong tapi hakikatnye aku memang  tak banyak tahu pasal contest ape bagai ni semua. Contest beliau ni nampak menarik jadi aku pon rasa apa salahnya aku join untuk support usaha beliau.



Jadi peribahasa yang aku pilih untuk pertaruhkan (macam xkena je ayat) dalam contest ni ialah:

 Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang



Maksud peribahasa ni :  Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Simple je  maksud peribahasa aku ni. Tapi ada sebab kenapa aku pilih peribahasa ni. Peribahasa ni berkait rapat dengan diri setiap manusia termasuklah diri aku sendiri. Untuk mencapai sesuatu yang diimpikan setiap manusia dekat muka bumi ni perlu sentiasa berusaha tanpa berputus asa. Memandangkan mereka yang baca blog aku ni adalah ramai dari kalangan blogger, jadi aku ambil contoh yang paling mudah.

Sebagai seorang blogger korang semestinya mempunyai impian untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Dan tak payah nak tipu korang smestinya mengimpikan ganjaran daripada nuffnang supaya membayar korang atas iklan yang disiarkan. Untuk mencapai semua impian tersebut, korang smestinya akan berusaha dengan meningkatkan trafik di blog masing-masing. Contoh terdekat, saudari Arra ni beliau telah buat contest sebagai usaha untuk meningkatkan lagi trafik ke blog beliau.. betol kan? haa..jadi jelaslah di sini bahawa (ayt skema) apa yang korang lakukan tu sendiri dah menggambarkan maksud peribahasa kat atas tu.

so, kepada mereka yang nak join contest ni korang boleh click benda kat SINI
 

 Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kepada Arra Ahmad kerana telah memberi aku peluang untuk mengekspresikan diri..lol peace

wassalam..

-Pahlawan Kucing-

1 comment: