Friday, February 3, 2012

Menghitung Usia Kucing

Hari ini hari jumaat. Hujan turun tanpa henti membasahi bumi tempat tinggal aku ni. Sebagai seorang lelaki sejati, telah menjadi kewajipan aku untuk pergi menunaikan solat jumaat. Walaupun badan aku terasa berat untuk bangun tapi aku gagahkan juga langkahku ke masjid. Selesai solat jumaat aku terus melangkah pulang ke rumah.

            Seperti biasa kepulanganku telah disambut dengan senyuman manis dua ekor kucing belaanku bernama Tom & Jerry. Mereka menunggu aku dengan penuh tabah dan sopan santun. “hai bang!!”jerit mereka dalam bahasa kucing. “oh dem!! lagi2 muka korang!”desis aku dalam hati. Aku tahu kesopanan mereka berdua ni adalah lakonan semata-mata. Tujuan mereka berlakon hanyalah untuk memikat aku supaya memberi mereka makanan yang melimpah ruah.

            Selepas membuka pintu aku segera memberi mereka berdua makan. Tanpa mengucapkan terima kasih tom & jerry terus makan dengan lahapnye. Seronok aku melihat mereka berdua makan. “Dah besar dah korang, agaknye berapa umur korang ye?” aku berkata sendirian. Tiba-tiba kedengaran suatu suara sound direct kat aku. “ Diam ar! Ko xnampak ke aku tgh makan ni?!” Jerry memandang aku dengan muka yang selamba sambil mengunyah makanan yang penuh dalam mulut.

            “Cis memang dasar kucing xkenang budi !” aku terus merajok dan dengan perasaan yang sangat sebak terus meninggalkan mereka berdua. Aku terus menuju ke meja komputer dan membuka laman web muka buku yang sememangnye terkenal. Sedang leka membaca komen dan luahan hati mereka yang frust bercinta, tiba-tiba aku terpandang  sesuatu gambar yang menarik pada page Kami Pencinta Kucing.   







 




OK memang suatu suratan dan kebetulan, gambar tersebut menunjukkan tentang ape yang aku fikir time tengok kucing aku makan tadi iaitu tentang usia kucing. Jadi dengan penuh minat aku pon segera la match kan tempoh kucing aku dah idop dekat muka bumi ni dengan apa yang dinyatakan dalam gambar tu. Jelas menunjukkan yang kucing2 aku ni dah remaja rupanya. Tommy dah berusia 25 tahun dan Jerry pulak baru 9 tahun. Owh patut la si Jerry ni xde nafsu lagi bila nampak kucing cantik. Budak lagi rupenye.....

Baiklah bagi mereka yang mempunyai kucing dan nak tahu usia kucing masing-masing. Korang boleh la rujuk kat gambar di atas. Aku pon da penat menaip ni..

Sekian saja utk kali ni.

-pahlawan kucing-

No comments:

Post a Comment