Wednesday, February 1, 2012

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.  Kali terakhir blog ni diupdate adalah pada 1Disember 2011 bersamaan dua bulan yang lalu. Memang betul bagi orang yang pemalas macam aku ni memang sukar untuk mengupdate blog. Tambahan dengan kekangan masa dan jadual waktu yang sangat ‘pack’, aku lihat ramai blogger yang senasib dengan aku kecundang tak dapat nak update blog masing-masing.


            Bagi aku untuk beristiqamah mengupdate blog ni aku perlukan catalyst ataupun pemangkin untuk terus menulis. Jadi pada hari ini aku telah mencari inisiatif untuk mengubah blog aku yang tak dak orang baca ni kepada WAJAH BARU…jeng..jeng..jeng..hehe. Walaupun tak de la cantik mana pun wajah blog aku yang baru ni tapi aku rasa sangat puas sebab aku berjaya melakukan “make over” terhadap blog aku ni 100% atas usaha aku sendiri tanpa bantuan orang lain. Macam mana aku buat tu nanti lain kali aku bagitahu. Ok, itu saja untuk entri permulaan kali ni, semoga dengan perubahan yang aku buat dekat blog ni membuatkan aku terus bersemangat untuk berkongsi dan menulis benda yang berfaedah dalam blog aku ni.

Sekian wassalam…

-PahlawanKucing-

No comments:

Post a Comment