Thursday, February 16, 2012

Kucing Makan Rumput? kenapa?

Waktu sekarang menunjukkan tepat jam 4 pagi. Aku masih belum tidur sebab baru lepas tengok bola. Perlawanan malam ni melibatkan pasukan favourite aku Manchester United menentang Ajax Amsterdam. Tak sia-sia aku menahan ngantok tahap gaban ni apabila Man U berjaya menundukkan Ajax 2-0. Ashley Young dengan Hernandez yang score. Bila dah habis tengok bola ni aku tak tahu nak buat ape. So dalam keadaan separuh sedar ni aku pon update la blog ni dengan satu topik yang pada aku menarik berkaitan kucing.


Bagi korang yang sedang ataupun pernah membela kucing, korang sedar tak sebenarnye kucing-kucing korang tu ade satu tabiat pelik iaitu tabiat memakan rumput. Orang yang bela kucing mesti pernah tengok benda ni berlaku. 1st time aku tengok benda ni terjadi lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Masa tu aku darjah empat. Waktu tu salah satu kucing aku bernama Atan. Suatu petang sedang aku memerhati gelagat si Atan ni tiba-tiba aku tengok dia dengan selambanye memamah rumput-rumput dekat tepi rumah aku. Aku mula rasa pelik. Setahu aku kucing tak makan rumput. Aku mula ragu-ragu dengan identiti haiwan peliharaan aku ni. Aku syak kucing aku ni adalah kambing jelmaan kucing. Aku segera berlari menyembunykan diri. Walaubagaimanapun peristiwa tu berlalu begitu sahaja sampai la semalam bila sekali lagi kucing aku bernama Tommy melakukan perkara yang sama. Nostalgia sepuluh tahun yang lalu kembali menjelma.






Jadi dengan rasa ingin tahu aku pun segera bertanyakan pak cik aku yang sememangnya hebat dalam segala hal. Pak cik aku ni memang sangat terkenal mengalahkan Luis suarez.(korang mesti xkenal kan luis suarez ni sape). Jadi pagi ni aku akan kongsikan jawapan pak cik Google aku ni:

Kenapa Kucing Makan Rumput?? 

Kenapa kucing Memakan Rumput? Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.






 Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”

 Jika korang memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya korang menanam rumput didalam pasu supaya kucing korang boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.




 Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing korang, (boleh beli di petshop) bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.

OK, akhirnya segala persoalan yang aku simpan selama sepuluh tahun sudah terjawab. Bagi korang yang bela kucing dalam rumah, seeloknya sediakanlah rumput dalam pasu untuk kucing korang mamah. Jangan pulak bagi rumput hiasan. Nanti tak pasal-pasal kucing korang jadi kucing hiasan.


-Pahlawan Kucing-







sumber info: kucing.my
 







8 comments:

  1. a'ah sama la kita..1st time tgk 10 tahun lepas gakmasa drjah 5..hhehe..masa tu tgk time nkgi sekolah..sampai je sekolah trus tnye rakan2 yg saya nmpk kucing pelik sbb mkn rumpot..pastu rakan ckp itu x pelik la sbb rumpot tu adalah sbgai ubat dier..rupanya untuk muntahkan hairball..besar betul kuasa Allah kn? kucing dh la comel sgt..

    ReplyDelete
  2. ohoooo baru tahu nape kucing mkn rumput. tapi kucing ni x de lah mkn rumput banyak kn? dia mkn sikit je...

    ReplyDelete
  3. hahha, tak taw pun . tak suka kucing ^^

    ReplyDelete
  4. thanks . ok da ^^ bole la rajin2 nak komen ni . hehe :D

    ReplyDelete
  5. yup..kat umah..meow muntah bulu+rumput skali tau pastu..=.='

    ReplyDelete
  6. ooo baru tau...igatkn sbb kucing demam...hehe

    ReplyDelete
  7. dulu ade jugak bela kucing & slalu juga nmpak kucing mkn rumput.kkdang sb dia trmakan racun@mknan yg xsesuai dgn perut dia & nk muntahkan balik so sbb tu dia mkn rumput..thanks sbb sharing info ni.

    'sesekali rindu juga nk bela kucing balik...ehehe'

    ReplyDelete
  8. Kucing makan rumput sungguh comel..;-)

    ReplyDelete