.
Kepada mereka yang ada menonton Buletin Utama TV3 malam tadi mesti tahu pasal kisah menarik ni
Kejadian ini memang pelik, tapi itulah keadaan yang dialami oleh seorang pelajar berusia 17 tahun yang berasal daripada Besut ni. Dikenali sebagai Noraini Ismail, sepanjang hayatnya dia tak pernah mengikuti mana-mana kelas belajar bahasa mandarin atau korea. Tetapi dia secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat
dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
berfikir gaya korea
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia
terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh
sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang
ketika perjalanan pulang dari sekolah. Menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini
koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan,
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Doktor yang menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Bagaimanapun ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk
melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku
tidak ada lagi.
Pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah,
sebaik Noraini terjaga daripada tidur dan tiba-tiba dia bercakap bahasa
Korea. Dia meminta air daripada ibunya dalam Bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
Dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh
lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh
bertutur dalam bahasa Melayu. Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan
sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif
namun setakat ini tidak berhasil.
Ps: Nampaknya lepas ni Noraini bakal jadi sasaran para peminat kpop malaysia untuk dilantik jadi jurucakap kalau artis korea datang Malaysia. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Apa komen korang?
.
wah untungnye die...tak payah susah2 nak attend korean classes kan :)
ReplyDeletehaha btol2.. tp susahnya xboleh nak kawal
DeleteBiar betikk?? kita yang balaja mandarin da setahun pom xfasih2 lg.hahaha. Ni hoa ma?
ReplyDeleteada kat berita semalam kan,siyes ni penyakit ape lah ni
ReplyDeletelepas ni siapa nak blaja cakap korea boleh cari budak ni haha
ReplyDeleteserius ke????
ReplyDeletebtol...malam tadi masuk berita
Deleteuntunglaa~ tak payah join kelas bahasa pun dah fasih korea..:) ...hehe...^^
ReplyDeletecerah masa depan budak ni hehe
ReplyDeletekesian kat budak ni...
ReplyDeletedop leh kecek klate doh....
untunglaa...leh ckp korea!
kehkehkeh..lawak la..aku baru ni eksiden jugak..nasib tak tukar cakap jepun..haha..
ReplyDeleteaneh la :)
ReplyDeleteerk.walaupun aku minat kpop tapi aku taknaklah tak dapat cakap melayu. siapa yang akan faham apa aku cakap?-_-
ReplyDeletetak nak ke? best ape.. kih3
Deletemengarut arr... pagi td wartawan datang ngan translator bahasa, dia taleh cakap plak.. kencing jerr semua tuh.. apalaaa...
ReplyDeleteish ish ish...
ReplyDeleteSekarang ni blh cakap korea lg ke budak ni.?
ReplyDelete