Tuesday, February 14, 2012

Saya Nak Ayam, Tak Nak Kena Pukul

      Sudah dua hari aku bercuti dari dunia blogging ni kerana terlalu sibuk dengan urusan harian. Jadi hari ni aku kembali semula untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan korang semua dalam blog aku yang simple ni. Hari ni perkongsian aku adalah mengenai sebuah video berkaitan KFC yang semakin banyak mendapat perhatian dari orang ramai.





     Sebagaimana yang ramai orang dah tahu, baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan rakaman sebuah video pergaduhan yang berlaku di KFC cawangan i-city. Dalam video yang mencetuskan unsur provokasi perkauman tersebut, seorang lelaki Cina dikatakan telah memaki hamun pekerja KFC di cawangan itu sehingga ada di kalangan mereka yang naik angin dan bertindak memukul pelanggan itu.

      Pelanggan Cina itu kemudiannya mengadu kepada Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng, dari parti DAP yang membantunya membuat sidang akhbar menafikan dirinya mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dalam insiden itu sebagaimana yang didakwa beberapa saksi di tempat kejadian. Tetapi apa yang nyata, dalam sidang akhbar yang dilakukan, nampak sangat berlaku beberapa pembohongan yang boleh menimbulkan keraguan.

      Jadi hari ni, aku bukanlah nak kongsikan video tersebut dengan korang semua, tetapi aku nak kongsikan sebuah video juga berkaitan dengan KFC tetapi lebih baik untuk tatapan kita semua. Rakaman video yang dimuat naik oleh MediaLah ini mendapat pujian ramai penonton yang menyifatkan usaha tersebut merupakan satu tindakan murni yang mampu menyatukan kembali rakyat negara ini ekoran insiden di restoran KFC I-City, Shah Alam, baru-baru ini. 

Mari kita sama-sama saksikan....







13 comments:

  1. banyak plak kes racist sejak kebelakangan ni.

    ReplyDelete
  2. macam-macamla sekarang ni... ayam kfc oh ayam kfc...
    uhuk3

    ReplyDelete
  3. untunglah tempat aku,tadek KFC hehehe

    ReplyDelete
  4. https://www.facebook.com/groups/122526831200381/

    ReplyDelete
  5. layan .... nak buat camne ayam dh habis, nak marah2 pun tak guna juga. Bukan ada 1 je KFC kt Shah Alam tu. kan dh kene sedebik, walaupun sebenarnya tak leh la buat cam tu kan.

    ReplyDelete
  6. Ayat power.. boleh guna setiap kali gi mana-mana fastfood.....

    ReplyDelete